Social Icons

Wednesday 6 November 2013

Selamat Tahun Baru 1435H

Assalammualaikum ..

Alhamdullilah, syukur  kerana masih berpeluang untuk mencoretkan sepatah dua kata dalam blog ini.
walaupun sudah agak lama tidak membuat pos terkini.

Semoga kita semua dilimpahi rezeki yang berkat,dirahmati  dan hidayah dari Allah sepanjang masa untuk memperbaiki hidup ini untuk menjadi insan yang terbaik disamping keluarga tercinta dan sahabat handai .




Semalam kita baru menyambut hari baru untuk tahun Hijrah 1435 iaitu 1 Muharram. maka bermula episod baru dalam hidup kita.

Apakah segala perancangan matlamat kita yang lepas sudah terlaksana? Jika sudah terlaksana segala matlamat itu saya ucapkan tahniah dan syabas kerana anda seorang yang berwawasan.
atau kita tidak pernah mempunyai perancangan matlamat sepanjang hidup ini.

Bagaimana cara kita hidup pada 5 atau 10 tahun akan datang bermula dengan hari ini.
Apa kata mulai hari ini atau saat ini kita mulakan menulis segala perancangan matlamat kita dalam satu buku yang boleh kita bawa kemana-mana dan menambah jika ada yang terbaru. Selalulah kita membelek buku matlamat ini agar memberi semangat untuk kita mencapainya.

Kita bahagikan matlamat untuk jangka pendek dan jangka panjang. contoh nya 5 tahun atau 10 tahun dan seterusnya. Kita tentukan mengikut kepentingannya.

Untuk mencapai apa yang dihajati , IMPIAN dan  MATLAMAT hidup yang jelas dikuti usaha yang berterusan dan fokus serta selebihnya kita bertawakal pada Allah.



Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat pada semua..





No comments:

Post a Comment

 

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.